- Kajian yang dilakukan oleh orang lain (di luar bidang) dengan menggunakan kaedah yang sama tetapi tiada penambahbaikan dan seterusnya melihat keberkesanannya.
Kajian Tinjauan/Survey
- Sebagai input.
- Melihat apakah kajian-kajian lepas yang telah dibuat oleh orang lain.
- Membaca buku-buku yang berkaitan seperti psikologi dan sebagainya.
- Kemudian mencuba teknik tersebut.
- Merujuk kajian-kajian orang lain semasa proses merancang.
- Membuat perbandingan dengan kajian-kajian lain semasa proses tindakan.
Langkah-langkah Dalam Proses Kajian Tindakan
Menurut Johnson (2005)
Kajian Kepustakaan- Sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.
Membandingbezakan- Mencari persamaan dan perbezaan erdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
Menganalisis- Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
Menilai- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
Membuat Kesimpulan- Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
Mensintesis- Menghasilkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gabungan yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.
No comments:
Post a Comment