Monday, May 11, 2009

Teori Perubahan

Perubahan dalam pendidikan sentiasa berlaku dan tidak dapat dielakkkan. Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

Perubahan yang berlaku kadang-kala mewujudkan ketidakpastian. Dalam pendidikan ketidakpastian mestilah dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

Jenis-jenis Perubahan

1. Perubahan ke arah peningkatan.
2. Perubahan strategik organisasi.
3. Perubahan reaktif (ada tindak balas).
4. Perubahan akibat daripada jangkaan.

Perubahan Adalah Kompleks

Dikaitkan dengan proses Evolusi (perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang) dan Revolusi (perubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang membinasakan).

Perubahan itu Multidimensi

1. Tujuan Perubahan
2. Unit Perubahan
3. Sifat Perubahan
4. Magnitud Perubahan
5. Skop Perubahan
6. Jangka masa Perubahan

Model-model Perubahan

1. Model Penggabungan Roger.
2. Model Kanter.
3. Model Rand.
4. Model Acot.

No comments:

Post a Comment