Saturday, May 30, 2009

Kuliah Puan Sakinah - PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data merupakan satu langkah di dalam kajian tindakan di samping mengenalpasti masalah, merancang tindakan, menganalisis data dan merancang untuk tindakan seterusnya.

3 Sebab Perlu Capai Kualiti

  1. Tanggungjawab kepada pelajar.
  2. Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain.
  3. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan kajian tindakan.

Kriteria Kualiti

  • Sama dengan kriteria penyelidikan yang lain.
  • 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan.
  • Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan.

Kesahan

  • Merujuk kepada kebenaran data.
  • Dengan mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji.

Kebolehpercayaan

  • Berkaitan dengan ketepatan data.
  • Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil.
  • Sehubungan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu mempersoalkan berkaitan:
  1. Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
  2. Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

Mengumpul Data

  • Apakah jenis data yang kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian?
  • Bagaimana kita hendak memastikan terdapat perlbagai perspektif?

Alat Pengumpulan Data

  1. Pemerhatian (video tape).
  2. Nota guru dan komen.
  3. Kerja pelajar.
  4. Refleksi pelajar dan kerja pelajar.
  5. Jurnal pelajar.
  6. Ujian.
  7. Tinjauan soal selidik.
  8. Temuduga (Audio Tape).

Thursday, May 28, 2009

Kuliah Minggu Ke-6 (Hajjah Halimah)

Aktiviti 1


Sesi suai kenal. Semua pelajar diminta menjawab soalan berikut di atas sehelai kertas bersaiz A4:
  • Nama dan No Matrik
  • Bidang Pengkhususan
  • Alamat Tetap
  • Status
  • Mengapa ingin menjadi cikgu?
  • Guru yang paling disukai dan Sebab (kenapa)?
  • Guru yang paling dibenci dan Sebab(kenapa)?
  • Apakah tugas guru?
  • Lukis gambar pokok beserta tandatangan dan tarikh lahir.

Aktiviti 2:


Pilih pasangan dan buat refleksi berkenaan mana-mana tajuk Kajian Tindakan semasa Seminar Serantau di Klana Resort, Seremban. Saya telah berpasangan dengan Suzana Bt Mohd Fauzi. Kami memilih tajuk Penerapan Metode Penemuan Terbimbing Pada Mata Pelajaran Sains untuk Meningkatkan Keterampilan Proses Siswa Kelas 1C SDN 016 Pekan Baru Kota yang dibentangkan oleh Betty Holiwarni (Universiti Riau) pada sesi selari 1D bertempat di Sri Mahang.

Aktiviti 3:

Buat satu proposal kajian tindakan secara berkumpulan yang terdiri daripada 5 orang (campur lelaki, perempuan, program biologi dan pendidikan Islam, bangsa Cina dan Melayu) dan hantar pada 28 Mei 2009.

Tajuk Proposal:

Meningkatkan Kemahiran Menyangga Dalam Sukan Bola Tampar Bagi Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kajang Utama

Ahli-ahli kumpulan ialah :

  1. Junaidon B Abdul Majid P48695
  2. Siti Nazirah Bt Abd Wahab P48718
  3. Chiong Ai Hua P48582
  4. Suzana Bt Mohd Fauzi P48659
  5. Nur Aini Bt Abdul Rashid P48576

Monday, May 25, 2009

Tugasan 2

3 Jurnal berkaitan kajian tindakan dalam pendidikan:

1. Tajuk Jurnal: Action Research in an Undergraduate Teacher Education Program: What Promises Does It Hold?
Oleh Debby Zambo (Arizona State University) dan Ron Zambo (Arizona State University)

2. Tajuk Jurnal: Research Into Practice: Application of Participatory Action Research to Family-School Intervention.
Oleh Bonnie S. Ho (California State University, Hayward)

3. Tajuk Jurnal: The Action Research Endeavors of Six Classroom Teachers and Their Perception of Action Research.
Oleh Deborah Sardo-Brown, Counselor and Secondary Education (West Chester University, Pennsylvania 19383)


Analisis, Penilaian dan Sintesis Jurnal:


Sampel Kajian:

Jurnal 1:
Sampel merupakan pelajar psikologi pendidikan dan pelajar seminar guru seramai 296 orang yang mana 175 orang pelajar psikologi dan 121 orang pelajar seminar guru.

Jurnal 2:
Sampel merupakan 500 orang pelajar kindergarten gred 5 sekolah rendah di San Francisco Bay area. 30% daripada mereka ialah keluarga Sepanyol, 28% keluarga orang Putih, 18% keluarga Asia, dan 24% daripada keluarga minoriti etnik campuran.

Jurnal 3:
Sampel merupakan 6 orang guru yang sama-sama mengikuti program di peringkat Master. 2 orang daripadanya mengajar sekolah rendah, 2 orang mengajar sekolah menengah dan 2 orang mengajar sekolah tinggi. 4 orang daripadanya ialah guru perempuan dan selebihnya 2 orang guru lelaki.


Setting Kajian:

Jurnal 1:
Pelajar dikehendaki melakukan tugasan yang berkaitan dengan kajian tindakan agar mereka lebih memahami proses, kitaran, dan falsafah di sebalik kajian tindakan. Mereka juga diberi struktur-struktur huraian berkenaan dengan tugasan dan mereka diberi rubrik sebagai rujukan untuk mendapatkan gred yang baik.

Jurnal 2:
Ahli psikologi sekolah memberi tunjuk ajar dalam proses mencari teori aplikasi, kajian, latihan dan polisi negara/negeri yang sesuai dengan perkongsian keluarga-sekolah.

Jurnal 3:
Setiap guru dikehendaki menjalankan kajian tindakan di dalam kelas masing-masing yang mempunyai gred yang berbeza untuk melengkapkan pengajian mereka dalam program masing-masing.


Prosedur Kajian Tindakan:


Jurnal 1:


  1. Mengendalikan dua struktur pemerhatian.
  2. Memilih fokus berdasarkan pemerhatian atau cadangan daripada guru.
  3. Membangunkan/ memilih pengumpulan tiga instrumen data dan menetapkan langkah-langkah pengumpulan data.
  4. Mengumpul data asas untuk 4-5 minggu.
  5. Analisis data.
  6. Membuat tinjauan literatur.
  7. Membuat intervention plan.
  8. Membuat rancangan, refleksi kepada rancangan secara mingguan dan membuat pembaikan jika perlu.
  9. Mengumpul dan analisis post data.
  10. Membandingkan pre dan post intervention data.
  11. Menulis keputusan akhir dan cadangan lanjut.
  12. Membentangkan projek kepada rakan-rakan sekelas, penyelia universiti, guru-guru, ibu bapa dan pentadbir.

Jurnal 2:

  1. Mengadakan kerjasama dengan persatuan ibu bapa dan guru.
  2. Mengenalpasti masalah untuk melaksanakan kajian tindakan.
  3. Mengumpul dan menganalisis data.
  4. Mensintesis data dan cadangan generasi.
  5. Merekabentuk data-driven tindakan/campur tangan
  6. Menilai campur tangan.

Jurnal 3:

  1. Merancang.
  2. Bertindak.
  3. Memerhati.
  4. Menilai.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data:

Jurnal 1:

3 guru bertanggungjawab mengajar pelajar psikologi dan 5 guru bertanggungjawab kepada pelajar seminar guru. Mereka melakukan tinjauan dan membuat soal selidik kepada pelajar. Data dimasukkan dengan menggunakan SPSS untuk dianalisis. Skor yang pelajar dapat dikelaskan mengikut kategori.

Jurnal 2:

Mengumpul data daripada keluarga (ibu bapa), terutamanya dari segi etnik dan bahasa keluarga. Membuat soal selidik menggunakan Hopkins Survey of School and Family untuk ibu bapa. Membuat penyoalan demografik kepada keluarga dan soalan terbuka tentang bagaimana sekolah dapat membantu keluarga.

Jurnal 3:

Mengumpul data melalui pemerhatian terhadap perubahan daripada pelajar-pelajar menerusi sikap, kemahiran, peningkatan dan sebagainya. Membandingkan pelajar mereka sebelum dan selepas tindakan (kitaran) pertama.

Perbandingan Jurnal (Persamaan dan Perbezaan)

Persamaan:

Persamaan di antara ketiga-tiga jurnal ini ialah pengkaji ketiga-tiganya merupakan guru yang mana terlibat secara langsung dan lebih memahami persoalan kajian tindakan tersebut.

Perbezaan:

Terdapat beberapa perbezaan di antara ketiga-tiga jurnal ini. Antaranya ialah prosedur kajian tindakan. Setiap pengkaji menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mendapatkan jawapan terhadap setiap persoalan. Jurnal yang ke-3 contohnya menggunakan 6 orang guru untuk menjalankan kajian tindakan di dalam kelas masing-masing kemudian setelah selesai membuat satu kitaran, penulis meminta pendapat mereka berkaitan dengan kajian tindakan. Semua mereka berpendapat bahawa kajian tindakan merupakan cara yang baik untuk memperbaiki amalan dan membuat perubahan tingkah laku khususnya di sekolah.