Monday, May 4, 2009

Aktiviti 2

Teknik Pengajaran Yang Tidak Berkesan

Dalam kursus Kaedah Mengajar yang saya telah ikuti semester lepas, saya dapati satu kaedah yang digunakan oleh bakal guru yang mana kaedah tersebut kurang berkesan dalan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik tersebut ialah teknik kuliah. Teknik ini membosankan pelajar kerana hanya pihak guru sahaja yang bercakap dan pelajar hanya mendengar sahaja apa yang diajarkan oleh guru.

Penyelesaian

Guru perlu mengenalpasti teknik yang tidak berkesan tersebut. Kemudian mencari alternatif lain bagi mengatasi masalah tersebut. Penyelesaian yang mungkin boleh digunakan ialah menggunakan teknik pembelajaran berpusatkan pelajar yang mana pelajar aktif dalam proses pembelajaran tersebut. Guru perlu membimbing pelajar tersebut dan biarkan pelajar itu mencari penyelesaiannya. Contohnya, guru mencipta beberapa masalah yang berkaitan dengan pembelajaran dan meminta pelajar tersebut menyelesaikannya mengikut kumpulan. Jika kita menjadikan tugasan ini seperti sebuah pertandingan ini akan lebih berkesan kerana para pelajar sangat suka bersaing di antara satu sama lain. Setelah itu, guru perlu memerhatikan sama ada teknik tersebut berkesan kepada pelajar atau tidak. Jika ianya berkesan guru perlu mengekalkan teknik tersebut. Dan jika ia tidak berkesan, guru perlu mencari teknik lain yang difikirkan berkesan untuk penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Aktiviti 1

Setelah Tamat BIG II

Penambahbaikan yang perlu dilakukan:

  • Sifat Kepimpinan
  • Pengurusan Masa

Matlamat

Menjadikan saya seorang pemimpin berkaliber yang sentiasa menjaga masa.

Objektif

Saya dapat memimpin satu organisasi kecil dengan baik dan dapat hadir awal ke kelas.

Pelan Tindakan

1. Langkah yang diambil


Dari segi sifat kepimpinan, saya perlu aktif dalam setiap aktiviti yang diadakan. Kemudian saya perlu menawarkan diri saya untuk menjawat jawatan dalam organisasi tersebut. Apabila saya menjadi ahli jawatan kuasa tersebut saya perlu mencari anak-anak buah di bawah saya dan saya perlu mengarahkan mereka membuat sesuatu kerja mengikut bahagian masing-masing. Di sini memerlukan komunikasi yang baik antara ketua dan anak buahnya.


Manakala dari segi pengurusan masa, saya perlu merancang setiap aktiviti yang ingin dilakukan agar semuanya berjalan mengikut apa yang dirancang. Apa yang penting ialah, jangan menangguh kerja apabila kita ada masa untuk selesaikannya. Waktu kelas contohnya, saya perlu bangun awal dan siap awal dan juga keluar awal agar saya tidak lewat ke kelas.

2. Pengumpulan Data

Diambil melalui rakan-rakan yang menilai diri saya sama ada berkesan atau tidak. Juga melalui tugasan yang dilakukan sama ada berjaya atau tidak.

3. Pemantauan

Saya memantau diri saya melalui reaksi rakan-rakan.

4. Penilaian

Saya sentiasa menilai diri saya sama ada perubahan tersebut berkesan atau tidak.

Reka Bentuk Kajian Tindakan


Action Research Protocol After Kemmis

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Definisi Kajian

Kajian merupakan satu proses sistematik dalam mengenalpasti masalah dalam sesuatu isu, kemudian proses pengumpulan data dan seterusnya mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Proses Kajian (umum)













Laporan (dokumentasi) berlaku sejak dari awal (peringkat pertama) mengenal pasti masalah, dan ianya secara berterusan.





Kepentingan Kajian Tindakan Bagi Guru



  • Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman profesionalisme guru sebagai seorang pendidik.

  • Menambahbaik amalan.

  • Membantu pihak sekolah mencapai matlamat-matlamat yang berkaitan dengan pendidikan, khususnya inovasi dan perubahan kurikulum yang dicadangkan oleh kementerian.
  • Membina kemahiran melakukan penyelidikan.

Definisi Kajian Tindakan


Satu proses meneliti, menyelidik, mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu isu untuk penambahbaikan dan mencari jalan yang terbaik untuk perkembangan profesional.

Jenis-jenis Kajian Tindakan

1. Individu

Fokus kepada satu isu dalam bilik darjah.
Contoh: Guru mendapati pelajarnya mengantuk di dalam kelas, kemudian guru mencari punca kenapa pelajarnya mengantuk dengan bertanya sendiri kepada pelajar tersebut atau melalui pemerhatian. Puncanya ialah teknik pengajaran yang digunakan oleh guru tersebut iaitu teknik kuliah amat membosankan. Setelah itu guru mencari alternatif lain bagi teknik pengajarannya iaitu teknik pembelajaran berpusatkan pelajar. Ternyata cara tersebut berkesan dan pelajar tidak lagi mengantuk di dalam kelas.

2. Kolaboratif


Lebih daripada 2 orang. Boleh melibatkan guru yang sama bidang, guru yang pelbagai bidang atau guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti.
Fokus kepada satu isu dalam bilik darjah atau satu masalah yang sama dalam bilik darjah yang berlainan.



3. Peringkat Sekolah

Fokus kepada satu isu yang sama di peringkat sekolah.



4. Peringkat Daerah

Fokus kepada satu isu yang sama di peringkat daerah.