Definisi Kajian
Kajian merupakan satu proses sistematik dalam mengenalpasti masalah dalam sesuatu isu, kemudian proses pengumpulan data dan seterusnya mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut.
Proses Kajian (umum)
Laporan (dokumentasi) berlaku sejak dari awal (peringkat pertama) mengenal pasti masalah, dan ianya secara berterusan.
Kepentingan Kajian Tindakan Bagi Guru
- Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman profesionalisme guru sebagai seorang pendidik.
- Menambahbaik amalan.
- Membantu pihak sekolah mencapai matlamat-matlamat yang berkaitan dengan pendidikan, khususnya inovasi dan perubahan kurikulum yang dicadangkan oleh kementerian.
- Membina kemahiran melakukan penyelidikan.
Definisi Kajian Tindakan
Satu proses meneliti, menyelidik, mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu isu untuk penambahbaikan dan mencari jalan yang terbaik untuk perkembangan profesional.
Jenis-jenis Kajian Tindakan
1. Individu
Fokus kepada satu isu dalam bilik darjah.
Contoh: Guru mendapati pelajarnya mengantuk di dalam kelas, kemudian guru mencari punca kenapa pelajarnya mengantuk dengan bertanya sendiri kepada pelajar tersebut atau melalui pemerhatian. Puncanya ialah teknik pengajaran yang digunakan oleh guru tersebut iaitu teknik kuliah amat membosankan. Setelah itu guru mencari alternatif lain bagi teknik pengajarannya iaitu teknik pembelajaran berpusatkan pelajar. Ternyata cara tersebut berkesan dan pelajar tidak lagi mengantuk di dalam kelas.
2. Kolaboratif
Lebih daripada 2 orang. Boleh melibatkan guru yang sama bidang, guru yang pelbagai bidang atau guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti.
Fokus kepada satu isu dalam bilik darjah atau satu masalah yang sama dalam bilik darjah yang berlainan.
3. Peringkat Sekolah
Fokus kepada satu isu yang sama di peringkat sekolah.
4. Peringkat Daerah
Fokus kepada satu isu yang sama di peringkat daerah.
No comments:
Post a Comment